Wednesday, December 30, 2015

Duniaku yang sudah tua..Aku yang tak punya apa selain Doa

Benar duniaku ini sudah tua..
Disana sini bertebaran khabar derita manusia seagamaku di negara mereka yang bergolak, yang dalam negara tenang lagak fikirannya yang menyemakkan dan membingungkan fikiran.

Dibumi bertuahku sendiri nasib rakyat semakin dihimpit dan dirundung malang..
Di satu tempat dunia ini ada yang diuji dengan derita fizikal dan sekatan kebebasan, disini rasanya bumi masih damai untuk bebas kesana kemari..

Tapi mengapa terlalu sesak dan sempit dadaku menghadap beban sara hidup yang semakin meninggi, masalah sosial dan kemaslahatan ummah? Apa ujianku lebih berat dari saudaraku yang diperangi? Allah..

Bukan hanya kemerosotan ekonomi aku menulis. Tapi kerana kemerosotan agama itu lebih membimbangkan..Allah..Apakah sudah kau tarik berkahMu dari bumiku ini?

Hatiku meruntun sayu ya Allah..melihat tangisan, tumpahan darah saudaraku, kepayahan hidup anak2 kecil..Dibumiku ramai yang sudah menjadi gelandangan..Membawa bersama nyawa2 malaikat kecil hidup berkeliaran tanpa tempat berteduh, tanpa makanan buat mengalas perut, tidak bersekolah..

aahh..aku sudah tidak mampu meneruskan lagi ya Allah aduanku padaMu..kerna ini semua dalam pengetahuanMu..Kau yang maha mengetahui ya Allah bahawa mewah didunia itu ujian, miskin didunia itu juga ujian..

Tidak aku mampu menghulur bantuan pada semuanya ya Allah..tapi semampu kudrat yang aku ada, dalam doaku akan aku titipkan doa buat mereka yang aku kasihi ini..

Moga dengan usaha kecilku ini, Kau sudilah memandang diriku dan menjemput aku dengan cara yang paling manis dan indah nanti..

Aku tahu diri kerdil ini penuh dosa ya Allah..tapi seperti selalu dalam doaku jangan sesekali Kau pernah lepaskan aku dari tali kebenaran agamaMu..biar aku jatuh berkali2 namun tetap aku mahu pulang kepadaMu..


No comments:

Post a Comment